Kursus Asas E-Rezeki

21 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Oktober 2018, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan Kursus Asas E-Rezeki bersama Trainer Mohd Hatta Fadly di mana melibatkan 10 orang peserta dari penduduk setempat. Kursus tersebut berlangsung dari pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengahari.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
• Program E-Rezeki bertujuan untuk membuka peluang kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah meraih pendapatan menerusi kaedah digital.

• Program E-Rezeki dengan kerjasama Pusat Internet bersama MDEC serta pelbagai agensi yang dilantik sebagai wakil E-Rezeki.

• Melalui program ini, peserta akan dilatih, diberi kelayakan dan dipadankan dengan tugasan yang bersesuaian.

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
• Pengenalan kepada E-Rezeki dan pengenalan kepada aplikasi untuk menjana pendapatan
• Latihan asas E-Rezeki mengikut padanan tugasan yang bersesuaian



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali